skip to main | skip to sidebar

Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak

Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak

VISI DAN MISI

SEKOLAH SMK PARIT BETAK

Visi
Sekolah unggul penjana generasi terbilang

Misi
Menjana potensi individu melalui pendidikan berkualiti


PUSAT SUMBER SEKOLAH


VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK Parit Betak menjadi sekolah luar Bandar cemerlang di daerah Pontian menjelang 2010.

MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK P. Betak ingin menjadi sekolah cemerlang, semua warga sekolah akan berusaha:

1. Memastikan pencapaian akademik sentiasa cemerlang

2. Memastikan penyertaan menyeluruh dalam semua aktiviti kokurikulum peringkat daerah Pontian

3. Memupuk jati diri dan budaya penyayang pelajar

4. Mewujudkan pengurusan yang telus dan tulus

5. Mewujudkan persekitaran kondusif

About me

My Photo
pssmkpb@yahoo.com
PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKPB
View my complete profile

Pautan

  • unit perpustakaan

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments

Archivo del blog

  • ▼ 2010 (4)
    • ▼ June (3)
      • PENGENALAN KEPADA UNIT PSS SMKPB
      • PENGENALAN
      • semester 2
    • ► May (1)

Followers

JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENAUNG
Pn. Hjh. Saedah Bt. Sariyan

PENGERUSI
Pn. Hjh. Ruziati Bt. Husin

N. PENGERUSI
En. Harmali B. Johari
Pn. Hjh. Noreha Bt. Asmuni

SETIAUSAHA
Pn. Hjh. Aminah Bt. Abdul Mokti

KETUA BIDANG
GURU KANAN BAHASA:
Pn. Siti Sarah Bt. Tajuddin
GURU KANAN SCIENCE & MATHS:
Tn. Hj. Razip B. Nong
GURU KANAN SAINS KEMASYARAKATAN:
Tn. Hj. Mohd Noh B. Bilah
GURU KANAN TEKNIK DAN VOKASIONAL:
Pn. Hafizoh Bt. Abdul Hamid

AJK
PERPUSTAKAAN
En. Hazarudin B. Abdul Gapar

BBM
Pn. Shamsiah Bt. Hassan

BANK SOALAN
Pn. Rabiani Bt Mohamad

PERKEMBANGAN STAFF
Pn. Norlidah Bt. Samingon

KURIKULUM
Pn. Rozita Bt. Manan

NILAM
Pn. Siti Dahlia Bte Abdullah

KOKURIKULUM
En. Rasid Bin Ismail

KOMPUTER
En. Shafiee Bin Kunting

JAWATANKUASA INDUK PSS

JAWATANKUASA INDUK PSS

Guru-guru SMKPB 2010

Guru-guru SMKPB 2010

Pusat Sumber Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT BETAK

Monday, June 21, 2010

PENGENALAN

DEFINISI PUSAT SUMBER

Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;

Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.

Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

KONSEP

Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan:

Satu Tempat:
Koleksi:
Perkhidmatan:
Agen Perubahan:

OBJEKTIF

Kecemerlangan pendidikan
Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah
Penggunaan kemudahanMenggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
Pemupukan tabiat belajarMemupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
Penghasilan bahanMembantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran - pembelajaran
Perkhidmatan pembelajaranMengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar - pelajar
Kemahiran maklumatMelatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

FUNGSI PUSAT SUMBER

1.Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.
2.Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kimpulan dalam proses pembelajaran.
3.Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
4.Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
5.Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
6.Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7.Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
8.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
9.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
10.Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pembelajaran.

KEBERKESANAN PUSAT SUMBER

CIRI - CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN.
1.Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah.
2.Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.
3.Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun.
4.Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan , alatan dan maklumat.
5.Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.
6.Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran - pembelajaran
7.Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.

PENGURUSAN PUSAT SUMBER

Keberkesanan pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematis. Sebagai panduan, proses pengurusan tersebut dibahagikan kepada sepuluh langkah.

LANGKAH PERTAMA
PENUBUHAN JAWATAN KUASA
A. Penubuhan Jawatan kuasa induk pusat sumber
* Guru Besar sebagai Pengerusi
* Guru Penolong Kanan Kurikulum sebagai Naib Pengerusi dan Penyelaras.
* Guru Penyelaras Pusat Sumber sebagai setiausaha, Guru Pusat Sumber, Guru kanan mata pelajaran, Guru - guru kanan Persatuan / Kelab, wakil PIBG dan wakil Lembaga Pengurus Sekolah sebagai Ahli - ahli Jawatankuasa.(Penubuhan Jawatan Kuasa Pusat Sumber ini mestilah diubahsuai dengan keadaan sekolah masing -masing).

B. Penubuhan Jawatankuasa kerja PSS
Ini terdiri daripada :
* Guru Penyelaras sebagai pengerusi.
* Pelajar yang mewakili tiap -tiap kelas sebagai ahli.

C. Pelantikan Pembantu perkeranian.
Boleh diusahakan perlantikan mana - mana kakitangan sokongan sekolah yang berkebolehan dan berminat untuk membantu kerja - kerja perkeranian. Ini mungkin terdiri daripada kerani, juru taip atau pembantu am rendah atau mana - mana staf yang diperuntukan oleh pihak pengurusan sekolah.

D. Penentuan Dan Pembahagian Bidang Tugas.
Bidang tugas jawatankuasa dan kakitangan hendaklah ditentukan dengan jelas dan tidak timbal balik antara satusama lain.

* Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.
* Guru Pusat Sumber (1).
* Guru Pusat Sumber (2).
* Jawatankuasa kerja pusat sumber.
* Pembantu pusat sumber.

LANGKAH KEDUA
JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

Rancangan pengoperasian PSS oleh Jawatankuasa induk :

a. Menggubal polisi pelaksanaan dan penggunaan Pusat Sumber.
b. Merancang peruntukan kewangan PSS dari segi mencadang dan mencari,

Punca Kewangan :

Untuk pelajar, mestilah ditegaskan perkara seperti berikut :
* Masa PSS dibuka.
* Kemudahan yang disediakan
* Pinjaman - bilangan bahan dan tempoh pinjaman.
* Keselamatan alatan dan bahan PSS.
* Disiplin dan lain -lain.

Untuk guru dan kakitangan, mestilah ditegaskan perkara -perkara berikut :
* Bahan -bahan yang boleh diguna dan dipinjam.
* Jadual dan masa mengguna serta meminjam bahan.
* Cara peminjaman dilakukan.
* Perkhidmatan Khas.

Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan.

Bahan buku:
Biasanya digunakan sistem Brown, yakni menggunakan kad yang mempunyai butiran peminjam dan tarikh pemulangan. Dalam pada itu harus ditentukan peraturan bagi :
* Pinjaman biasa.
* Pinjaman buku -buku khas.
* Pinjaman berkelompok ( bulk - loan )

Bahan bukan buku :
Perlu ada satu sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan. Disamping itu perlujuga disediakan satu sistem pinjaman yang mudah untuk bahan - bahan bukan buku.

LANGKAH KETIGA.
RANCANGAN PERKHIDMATAN

Rancangan perkhidmatan Pss oleh guru Pss mengenai perkara - perkara berikut :
* Perkembngan fizikal pusat sumber.
* Perkembangan koleksi
* Perancangan promosi dan seranta.
* Perancangan aktiviti.
* Latihan pengurusan dan penggunaan PSS.
* Penilaian Pengurusan dan penggunaan PSS.
* Penghasilan bahan penganjuran pembelajaran, promosi dan panduan.

LANGKAH KEEMPAT.
JAWATANKUASA KERJA

Latihan dan bengkel kepada jawatankuasa kerja pusat sumber yang terdiri dari pelajar -pelajar bagi melaksanakan tugas -tugas berikut :
i Memfail keratan akhbar dan menyusun bahan di rak.
ii. Membantu memproses bahan seperti melapik, mengguntung, melekat poker kad pinjaman dan slip, tarikh pulangan dan melekat label.
iii. Mengurus pinjaman / pulangan bahan di kaunter edaran.
iv. Menjilid majalah dan surat khabar.
v. Menggunting suratkhabar / majalah yang telah ditentukan oleh guru pusat sumber untuk tujuan fail tegak.
vi. Mengemas dan membersihkan bilik pusat sumber.
vii.Memperbaiki buku.
viii.Membantu guru pusat sumber di dalam mengendalikan pondok ilmu dan sudut aktiviti.
ix. Membantu guru pusat sumber menghasilkan bahan pembelajaran
x. Mengambil bahagian di dalam rancangan siaraya ( radio sekolah).

LANGKAH KE LIMA.
KECERIAAN

Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
i. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabot, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
ii. Susunan danperuntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
iii. Panduan dan label tunjuk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
iv. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
v. Poster, carta dan gambar - gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.

LANGKAH KE ENAM.
ORIENTASI

Pelaksanaan orientasi PSS kepada pelajar baru melalui aktiviti penyampaian maklumat mengenai :
i. Jenis - jenis perkhidmatan yang dapat dimamfaatkan oleh pelajar.
ii. Peraturan dan panduan Pusat Sumber.
iii. Bahan pusat sumber dan penggunaannya mengikut keperluan pelajar.
iv. Kad ahli dan kegunaannya dan,
v. Mendapatkan profil pelajar bagi tujuan perolehan bahan selara dengan minat dan keperluan pelajar

LANGKAH KE TUJUH.
REKOD

Pengemaskinian rekod PSS dan memperbaharui pesanan akhbar dan majalah jika perlu contoh rekod seperti berikut dan boleh diubahsuai mengikut keperluan.

Setiap PSS perlu menyimpan dan mengemaskini rekod yang disimpan iaitu :
* Rekod perolehan bahan
* Rekod pinjaman bahan
* Rekod penggunaan bahan.
* Rekod penggunaan kemudahan fizikal dan alatan.
* Rekod koleksi bahan.
* Rekod belanjawan.
* Lain -lain rekod yang difikirkan perlu.

LANGKAH KE LAPAN.
PROMOSI

Melaksanakan promosi dan galakan penggunaan PSS yang dijadualkan untuk sepanjang tahun.
A. Pameran bahan mengikut topok atau tema
B. Ceramah buku
C. Pertandingan yang berhubung dengan penggunaan pusat sumber.
D. Pameran poster -poster yanmg berkaitan dengan pusat sumber sama ada hasil pelajar atau sumbangan dari badan - badan / jabatan - jabatan tertentu.
E. Mengadakan sesi bercerita, berlakon, menyanyi dan sebagainya
F. Membuat projek seperti model, carta dan sebagainya berdasarkan topik yang dipelajari.
G. Kegiatan - kegiatan yang lain untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan PSS.

LANGKAH KE SEMBILAN.
AKTIVITI

Lawatan dan ceramah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pusat maklumat yang lain.

Menganjurkan aktiviti yang ada kaitan dengan pusat sumber seperti :
i. Melawat perpustakaan awam
ii. Melawat pusat sumber sekolah yang lain.
iii.Melawat pesta buku.
iv.Melawat jabatan - jabatan kerajaan seperti Jabatan Penerangan.
vi.Menjemput penceramah dan tokoh untuk memberi ceramah mengikut topik yang dikenalpasti

LANGKAH KE SEPULUH.
PENYEMAKAN STOK.

Penyemakan stok , penilaian dan penyediaan laporan tahunan PSS

Penyemakan stok
Dijalankan bagi mengesan bahan yang :
* hilang
* rosak
* tidak sesuai
* tidakdigunakan langsung
* tidak kemaskini

PENILAIAN

I. Kepentingan

Penilaian adalah penting untuk mengetahui :
* Kemajuan keseluruhan rancangan Pusat Sumber Sekolah.
* Kekurangan atau masalah yang mungkin ada.
* Membuat perancangan secara keseluruhan.
* Mengubahsuai atau memperbaiki rancangan yang sedang dijalankan.

II. Pendekatan

Pada umumnya penilaian dapat dilaporkan melalui cara - cara berikut :
* Bukti yang diperolehi dari membuat perbandingan dengan piawaian perpustakaan tertentu.
* Berdasarkan hasil - hasil kaji selidik yang telah dilakukan kepada murid - murid yang menggunakan PSS.
* Data atau maklumat yang dikumpulkan oleh pihak PSS untuk satu tempoh tertentu.
* Pandangan atau ulasan yang fdikemukakan oleh pihak -pihak yang terlibat dalam rancangan PSS itu.

III. Rekod yang disimpan

Penilaian boleh dilakukan berdasarkan rekod - rekod yang disimpan oleh pihak PSS dalam aspek -aspek berikut :
* Bilangan peminjam
* Bilangan dan jenis bahan yang dipinjam
* Perbelanjaan
* Jenis -jenis aktiviti

MAKLUMAT

Perangkaan atau maklumat yang diperlukan,diproses dan dianalisisa suparya satu kesimpulan dapat dicapai mengenai prestasi PSS yang berkenaan. Biasanya maklumat yang dikumpulkan itu digunakan juga dalam hubungan pemyeliaan berdasarkan piawaian seperti berikut :

IV. Maklumbalas dan pendapat

Soal selidik bole dijalankan secara bertulis atau lisan untuk mengumpulkan pendapat dari guru dan pelajar mengenai rancangan PSS di sekolah - sekolah tertentu. Soalan -soalan yang dikemukakan dalam kajian itu meliputi :
* Aspek -aspek umum - seperti perkhidmatan, jens aktiviti dan koleksi alatan dan bahan.
* Aspek aspek tertentu - seperti bahan bacaan, minat membaca,kekerapan penggunaan dan sikap atau pandangan terhadap PSS.

V. Menanalisa dan menyebarkan hasil maklumat

Data - data yang telah dikumpul melalui pendekatan tertentu itu haruslah diproses dan dianalisia. Misalnya jika data yang dikumpul itu menunjukkan pada sesuatu bulan bilangan peminjam itu berkurangan, maka hendaklah dianalisa dan ditentukan sebab -sebab berlakunya kekurangan itu.

Setalah disediakan laporan penilaian, hasilnya patutlah disebarkan untuk makluman umum dan jika perlu tindakan selanjutnya diambil. Hasil dapatan kajian penilaian itu hendaklah digunakan sebagai dasar atau panduan uyuk peningkatan pengurusan dan penggunaan PSS.

source: http://daim.tripod.com/PKGJ39/mukaPSS.htm

Posted by pssmkpb@yahoo.com at 7:43 PM

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod